CBWP2203 Tugasan : Sep 2024 – Pengaturcaraan Web, OUM, Malaysia

PURPOSE

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai keupayaan pelajar dalam membangunkan laman web, menunjukkan kebolehan mereka dalam reka bentuk web dan pelaksanaan pelbagai bahasa skrip.

SOALAN 1

Dalam era digital masa kini, portal akademik berfungsi sebagai platform penting untuk institusi pendidikan mempersembahkan penawaran akademik mereka dan berhubung dengan pelajar, fakulti, dan pihak berkepentingan yang berpotensi. Ia bertindak sebagai platform digital yang menyediakan maklumat penting tentang misi, program, fakulti, dan pencapaian institusi.

Anda telah dilantik sebagai perunding untuk membangunkan portal akademik bagi sebuah universiti yang terkenal dengan pelbagai program akademik dan sumbangan penyelidikannya. Objektif laman web ini adalah untuk mewujudkan kehadiran dalam talian yang menonjolkan penawaran universiti, melibatkan pelajar dan fakulti yang berpotensi, serta menyediakan maklumat yang komprehensif. Anda perlu membangunkan tapak web dengan spesifikasi minimum berikut:

Stuck in This Assignment? Deadlines Are Near?

Hire Assignment Helper Now!

Sebuah laman utama dengan tajuk yang sesuai

Hasilkan halaman utama dengan tajuk yang menarik yang menyerlahkan intipati profil universiti tersebut

LIMA laman tambahan dengan tajuk dan maklumat yang berbeza seperti berikut:

Tentang Kami
Mempersembahkan gambaran keseluruhan yang mendalam tentang universiti, termasuk misi, nilai, pasukan kepimpinan, dan inisiatif kemasyarakatan
Anda juga boleh memasukkan pautan ke blog universiti, profil media sosial, dan platform berkaitan yang lain

Program Akademik

Menyediakan maklumat terperinci tentang pelbagai program sarjana muda, pascasiswazah, dan profesional yang ditawarkan oleh universiti
Menonjolkan peristiwa dan pencapaian penting termasuk sebarang perkongsian, gabungan atau anugerah khas

Penyelidikan dan Inovasi

Perincikan pusat penyelidikan, projek, dan inovasi universiti
Menonjolkan kepelbagaian kepakaran fakulti, deskripsi projek penyelidikan utama, dan kesannya terhadap masyarakat
Pamerkan kisah kejayaan dan kajian kes untuk menunjukkan rekod universiti dalam penyelidikan yang inovatif

Sumber Pelajar

Menawarkan sumber untuk pelajar bagi meningkatkan pengalaman akademik dan kokurikulum mereka, seperti soalan lazim (FAQ), artikel berguna, penasihatan akademik, dan testimoni pelajar

Perkhidmatan Kerjaya

Nyatakan sokongan penempatan pekerjaan, latihan industri, dan peluang pertumbuhan kerjaya yang disediakan oleh universiti
Sertakan maklumat tentang cara mengakses perkhidmatan kerjaya dan apa yang diharapkan semasa proses pencarian pekerjaan
Tapak web tersebut perlu juga mempunyai SATU Laman Pelawat yang menyediakan borang pertanyaan untuk pelawat mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarikat tersebut. Laman ini akan dihubungkan dengan Borang Pelawat dalam TUGAS 2
Struktur laman web MESTI dibangun menggunakan HTML dan XHTML dengan elemen-elemen dan atribut-atribut yang sesuai
Anda perlu menggunakan reka bentuk yang sesuai bagi tajuk, perenggan, imej atau video, dan pautan antara laman yang berbeza

Laman web yang dibangunkan sekurang-kurangnya MESTI mempunyai komponen-komponen berikut:

tajuk dan perenggan
pautan dan navigasi
imej dan objek
jadual
borang

Get 30% Discount on This Assignment Answer Today!

Take Expert Help Now!

TUGAS 2

Gunakan HTML dan JavaScript untuk mencipta borang pertanyaan dalam talian bagi membenarkan pengunjung mengemukakan soalan atau permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai universiti tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 (Contoh borang). Apabila pengunjung klik butang “Submit”, output akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 (Contoh data yang dipaparkan).

Pengunjung perlu mengisi setiap medan yang diperlukan dalam borang pertanyaan tersebut. Sekiranya borang tersebut tidak menerima sebarang input, anda perlu menggunakan tetingkap timbul ‘alert’ untuk meminta pengguna memasukkan nilai tersebut (rujuk kepada contoh dalam Rajah 3).

Get Solved Your Assignment( variable) and Earn A+ Grade!

Hire Expert Now!

The post CBWP2203 Tugasan : Sep 2024 – Pengaturcaraan Web, OUM, Malaysia appeared first on Malaysia Assignment Help.

GET HELP WITH YOUR HOMEWORK PAPERS @ 25% OFF

For faster services, inquiry about  new assignments submission or  follow ups on your assignments please text us/call us on +1 (251) 265-5102

Write My Paper Button

WeCreativez WhatsApp Support
We are here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?
Scroll to Top